Aktiviti dalam dan luar kelas

Beginilah keadaan murid SK Sembulan yang terpaksa menggunakan kemudahan yang kekurangan ini untuk menimba ilmu. Mereka terpaksa duduk di dalam kelas yang sempit dan berkongsi meja untuk mencari ilmu dari guru-guru yang tidak pernah berputus asa dalam mendidik mereka menjadi orang yang berguna.

Hal ini berlaku disebabkan SK Sembulan berada di dalam pembangunan sekolah. Semua bangunan sekolah dan Prasekolah telah dirobohkan dan akan dibangunkan dengan bangunan yang baru. Maka, murid-murid yang sedia ada ini terpaksalah masuk ke dalam kelas kabin yang kurang bilangannya berbanding bilangan murid yang ramai. 

Di dalam kelas yang kurang kondusif ini, guru terpaksa juga mengajar dengan penuh usaha agar murid-murid mendapat ilmu yang secukupnya walaupun kekurangan dari pelbagai aspek seperti kelas kabin yang panas terutamanya menjelang tengahari dan petang, kipas yang rosak, meja yang kurang dan rosak, murid yang bersesak di dalam kelas, arus elektrik yang kadang kala boleh diguna kadang kala tidak boleh diguna disebabkan ada masalah bebanan penggunaan arus elektrik, dan penambahan masalah yang lain ialah bunyi-bunyi jentera berat dari luar kelas disebabkan pembangunan yang berjalan.


Ini pula adalah gambar salah satu aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan di luar kelas. Aktiviti ini dijalankan di dewan terbuka SK Sembulan.


2 ulasan:

  1. Semoga cikgu2 dan murid2 terus cekal dan bersemangat.

    BalasPadam
  2. Amin....tapi sedih juga sebenarnya terdapat beberapa orang murid yang mula berpindah ke sekolah lain masa cuti sekolah ni.Mungkin disebabkan kelas yang kurang kondusif untuk pembelajaran anak mereka.

    BalasPadam